Peristiwa Percubaan rampasan kuasa Turki 2016

Perdana MenteriBinali Yıldırım

Pada 15 Julai 2016, mengikut laporan sebelum 11:00 PM waktu tempatan, jet-jet tentera dilihat terbang di ruang udara Ankara, dan kedua-dua jambatan Fatih Sultan Mehmet dan Bosphorus di Istanbul dari arah Anatolia ke Eropah telah ditutup.[19][29][30]

Perdana Menteri Turki, Binali Yıldırım mengatakan bahawa tindakan tentera telah "dilakukan di luar rangkain perintah" dan ia adalah satu "cubaan haram" untuk merampas kuasa "dengan menggunakan ketenteraan".[16] Beliau kemudian menambah mereka yang terlibat "akan mendapat hukuman setimpal."[31] Media tempatan juga melaporkan kereta kebal berada di Lapangan Terbang Atatürk, Istanbul.[32] Laporan juga menyebut para pengguna Internet dalam Turki telah dihalang daripada menggunakan Twitter, Facebook, dan YouTube.[33][34] Tepai Twitter kemudian mendakwa bahawa mereka "tidak mempunyai sebab untuk berfikir mereka telah dihalang seluruhnya".[35] Beberapa tahanan telah dibawa ke ibu pejabat tentera, termasuk Ketua Staf Jeneral Turki Hulusi Akar.[36] Tentera juga memasuki pejabat Parti Pembangunan dan Keadilan di Istanbul dan meminta staf untuk meninggalkan bangunan.[37]

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Turki berbunyi: "Angkatan Tentera Turki telah mengambil alih sepenuhnya pentadbiran negara bagi mengembalikan perlembagaan, hak-hak kemanusiaan dan kebebasan, pemerintahan undang-undang dan keselamatan awam yang telah dirosakkan. […] Kesemua perjanjian antarabangsa masih lagi sah. Kami berharap agar hubungan baik kami dengan kesemua negara berterusan."[38][39] Tentera menyatakan bahawa ia "dilakukan bagi memelihara suruhan demokrasi, dan pematuhan undang-undang menjadi keutamaan".[40] Arahan Jeneral Tentera Pertama di İstanbul mendakwa bahawa Angkatan Tentera Turki tidak menyokong rampasan kuasa ini dan para dalang mewakili sekumpulan kecil dan golongan ini hampir dapat dikawal.[17]

Pada 21:02 UTC, Reuters melaporkan bahawa tentera Turki berada di dalam bangunan penyiaran negara Turki, Perbadanan Radio dan Televisyen Turki (TRT) di Ankara.[38] Selepas tentera merampas kawalan, tentera telah memaksa Tijen Karaş untuk membaca sebuah kenyataan yang berbunyi "pemerintahan undang-undang demokrasi dan sekular telah dihakis oleh kerajaan sekarang" dan Turki kini dipimpin oleh "majlis keamanan" yang akan "memastikan keselamtan rakyat."[34][41] Saluran TRT dihentikan siarannya.[38]

Lapangan Terbang Atatürk Istanbul telah ditutup; semua penerbangan daripada lapangan terbang dibatalkan.[42]

Tentera mendakwa satu perlembagaan baru akan disediakan "secepat mungkin."[40] Satu letupan di ibu pejabat TRT dan tembakan senjata dilaporkan di Ankara.[40]

Kereta kebal menembak berdekatan Bangunan Parlimen Turki.[38] Bangunan parlimen juga ditembak dari udara.[6][7][43] Kecederaan dilaporkan dalam kalangan penunjuk perasaan di Jambatan Bosphorus diikuti dengan tembakan senjata.[40][8]

Sebuah helikopter milik kumpulan menyokong rampasan kuasa telah ditembak jatuh oleh jet pejuang Turki.[40][44] Terdapat laporan yang menyebut jet-jet tentera terbang di ruang udara bagi "meneutralkan" helikopter yang digunakan oleh dalang rampasan kuasa ini.[40]

Pada 12:10 UTC, Angkatan Tentera Turki mendakwa telah sepenuhnya mengawal negara melalui tapak sesawang mereka.[45]

CNN Türk melaporkan bahawa satu bom meletup di parlimen Turki membunuh 12 orang manakala dua orang lagi cedera parah.[46] Sebuah helikopter yang dimiliki oleh tentera yang pro-rampasan kuasa juga dilihat terbang di atas. Setengah jam selepas laporan mangsa korban parlimen, anggota tentera memasuki ibu pejabat CNN Türk dan memaksa studio ditutup dari ke udara.[46][38][40] Selepas sejam gangguan daripada tentera pro-rampasan kuasa, CNN Türk menyambung semula siarannya.[47]

Tentera mengambil alih kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk tidak lama selepas Presiden membuat kenyataan di sana.[40]

Recep Tayyip Erdoğan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan

Laporan awal menyebut Presiden Recep Tayyip Erdoğan berada dalam keadaan selamat di Marmaris, barat daya Turki, di mana merupakan tempat beliau bercuti,[29] meskipun terdapat laporan mengatakan beliau telah melarikan diri keluar negara dengan menggunakan jet peribadi.[48][49] Dalam sebuah wawancara melalui FaceTime dengan CNN Türk, Erdoğan menyeru para penyokong beliau untuk keluar ke jalanan bagi membantah perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak tentera, mengatakan "Tiada kuasa yang lebih besar daripada kuasa rakyat. Biar mereka buat apa yang mereka mahu di dataran dan lapangan terbang."[25]

Presiden juga mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa tentera yang setia kepada Fethullah Gülen dan Pergerakkan Hizmet beliau merupakan dalang di belakang cubaan rampasan kuasa ini.[50][51][52] Bagaimanapun, Persekutuan Perkongsian Bersama, sebuah kumpulan bukan untung yang berkait dengan Gülen, mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan bahawa ia mengutuk sebarang campur tangan tentera dalam politik tempatannya, dan mengatakan bahawa tuduhan Erdogan menentang pergerakkan mereka adalah 'sangat tidak bertanggungjawab'.[53]

Selepas ketidakpastian berkenaan kedudukan Presiden Erdoğan, para pegawai kanan Turki menyatakan kepada agendi-agensi berita bahawa pesawat Presiden Erdoğan terbang dan mendarat di Istanbul. Laporan-laporan ini kemudian disahkan[40][38]. Erdoğan muncul di kaca TV secara langsung daripada Istanbul dan mengatakan bahawa beliau mempunyai rancangan untuk "membersihkan" pasukan tentera.[40]

Rujukan

WikiPedia: Percubaan rampasan kuasa Turki 2016 http://foreignminister.gov.au/releases/Pages/2016/... http://www.ctvnews.ca/world/canadian-travellers-in... http://pm.gc.ca/eng/news/2016/07/15/statement-prim... http://live.aljazeera.com/Event/TURKEY_COUP_ATTEMP... http://www.aljazeera.com/news/2016/07/turkey-prime... http://www.bbc.com/news/live/world-europe-36811357 http://www.bbc.com/news/world-europe-36099889 http://www.bbc.com/news/world-europe-36809083 http://edition.cnn.com/2016/07/15/world/live-blog-... http://www.dailysabah.com/politics/2016/07/16/turk...